the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas presien Brazil Bolsonaro kutuk serbuan ke atas bangunan Kongres Brazil

BUENOS AIRES: Bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro mengecam tindakan penyokongnya yang menyerbu bangunan Kongres Nasional dan pejabat lain kerajaan di ibu negara Brasília, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi Brazil,” kata pemimpin Parti Liberal (PL) Bolsonaro, Valdemar Costa Neto dalam video yang dikeluarkan Ahad.

“Kejadian di Brasília hari ini memalukan kita semua, mereka tidak mewakili parti kami, mereka tidak mewakili Bolsonaro.

“Kami menyokong demonstrasi yang teratur. Tindakan hari ini sungguh memalukan.”

Terdahulu, penyokong Bolsonaro yang marah menyerbu Kongres, Mahkamah Agung dan Palácio do Planalto yang menempatkan pejabat presiden.

Bolsonario, presiden sayap kanan tewas kepada Presiden sayap kiri Luiz Inácio Lula da Silva dalam pemilihan peringkat kedua pada Oktober lepas.

Beliau bagaimanapun tidak pernah mengakui kekalahannya secara jelas dalam pilihan raya itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings