the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perjanjian Petronas-ADNOC cerminan untuk Malaysia bina hubungan antarabangsa lebih jitu: PM

KUALA LUMPUR: Permeteraian perjanjian antara Petronas dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) merupakan cerminan untuk Malaysia membina hubungan antarabangsa yang lebih jitu serta menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai negara di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas, telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan ADNOC untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.

“Saya menjunjung kasih atas peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjadi tenaga pendorong utama kepada kejayaan usaha ini,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata beliau menyambut baik perjanjian bersejarah itu dan menaruh sepenuh keyakinan bahawa syarikat serta tenaga kerjatempatan mampu menerajui serta meneroka idea dan peluang untuk bersaing di peringkat global.

Petronas akan memegang 100 peratus ekuiti dan pengendalian untuk meneroka dan menilai minyak bukan konvensional di kawasan konsesi itu bagi tempoh sehingga enam tahun.

Selepas fasa penilaian yang berjaya, rakan kongsi boleh memasuki konsesi pengeluaran yang ADNOC mempunyai pilihan untuk memegang 50 peratus kepentingan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Maritimo Appoints KJM Marine as Middle East and Indian Ocean Dealer

Maritimo has appointed KJM Marine as its exclusive dealer across the GCC and selected Middle East and Indian Ocean markets, expanding regional access to its Australian-built luxury motor yachts with dedicated sales, technical expertise and comprehensive after-sales support.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings