the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki Nepal ditahan disyaki cedera pegawai Penguatkuasa Kempen PRU

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Nepal ditahan kerana disyaki mencederakan seorang pegawai Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dalam insiden di Jalan SS2/63, Petaling Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (gambar) berkata kejadian berlaku pada 11.15 malam ketika sepasukan PP-KPR membuat pemeriksaan bendera parti politik di sekitar kawasan berkenaan dan terdengar jeritan orang awam yang meminta bantuan untuk mencegah berlaku pergaduhan.

Beliau berkata pasukan itu kemudiannya telah pergi ke lokasi dan mendapati empat lelaki warga Nepal sedang bergaduh sesama sendiri.

“Ketika cuba untuk meleraikan pergaduhan, seorang pegawai PP-KPR telah diserang dua lelaki berkenaan sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian leher. Satu alat komunikasi mudah alih milik pasukan PP-KPR turut mengalami kerosakan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua suspek berusia awal 20-an direman sehingga Jumaat ini dan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (KK) kerana gaduh gempar di tempat awam, katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata kes turut disiasat di bawah Seksyen 353 KK kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan, Seksyen 427 KK kerana khianat dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tidak memiliki dokumen sah).

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah serta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 jika mempunyai maklumat mengenai sebarang perlakuan jenayah, katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings