the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rumah mampu milik: Fadillah cari jalan bagaimana agensi pusat boleh bantu Sarawak

SIBU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mencari jalan bagaimana agensi Persekutuan yang berkaitan dapat membantu meringankan bebanan kerajaan Sarawak dalam menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda.

Beliau berkata penyediaan rumah mampu milik merupakan satu cabaran yang besar di Sarawak berikutan kebanyakan kawasan adalah bertanah paya gambut seperti di Bahagian Sibu.

“Sudah pasti kosnya adalah mahal. Oleh itu kita kena mencari kaedah bagaimana kita hendak menyediakan ruang dan peluang supaya generasi muda ini akan mampu memiliki rumah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pasar Sentral Sibu hari ini.

Menurutnya perkara tersebut telah disuarakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka kepada beliau berikutan kesukaran generasi muda di Sibu mendapatkan rumah mampu milik.

Fadillah yang tiba di Sibu untuk lawatan rasmi yang pertama ke Sarawak sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam memberitahu soal peluang dari segi perniagaan untuk memperluaskan ekonomi turut disampaikan kepadanya semasa berinteraksi dengan masyarakat di Sibu.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memberitahu pengeluaran lada di Sarawak masih boleh diperkembangkan lagi.

Katanya beliau akan berbincang dengan agensi di bawah kementeriannya khasnya Lembaga Lada Malaysia mengenai bagaimana untuk membantu pekebun kecil lada mengembangkan lagi tanaman mereka di samping memastikan harga lada yang baik.

Menurutnya kerajaan perlu menarik minat orang ramai untuk kembali menanam lada dan mengeluarkan hasil lada yang dikenali sebagai produk premium di peringkat dunia.

Menyentuh mengenai lawatannya, Fadillah berkata Sibu menjadi pilihan sebagai lokasi pertama lawatan rasminya kerana Sibu adalah tempat kelahirannya.

Fadillah hari ini berkesempatan mengikuti kuliah subuh di Masjid An Nur sebelum melawat makam pahlawan negara, Rosli Dhobi dan bersarapan pagi bersama kariah masjid.

Selepas selesai melawat Pasar Sentral Sibu, Fadillah dan isterinya Datin Seri Ruziah Mohd Tahir melawat Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang di Kemuyang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Post-pandemic health upgrade drives global brands to Southeast Asia: High-purity Omega-3 leader WHC selects...

Belgium-based Omega-3 specialist WHC has entered Singapore with its flagship UnoCardio 1000, using the country as its strategic Southeast Asian hub. The expansion reflects growing demand for high-purity, science-backed health supplements in the region's post-pandemic wellness market.

Dusit International brings its Dusit Collection brand to Japan with the opening of a...

Dusit International has launched its first Dusit Collection property in Japan with the opening of WE Hotel Toya in Hokkaido. Designed by Kengo Kuma & Associates, the luxury lakeside retreat blends Japanese craftsmanship, Thai-inspired hospitality and scenic views of Lake Tōya.

Amazing Thailand Fest 2026 brings Thai culture, cuisine and entertainment to Central i-City

The collaboration reflects Central’s commitment to bringing Thailand’s culture, cuisine and creativity closer to international audiences, while strengthening ties between Thailand and Malaysia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings