the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor harap HSA 2 tersenarai dalam belanjawan akan datang di bawah kerajaan baharu

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor berharap pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA) 2 tersenarai dalam belanjawan yang akan dibentangkan di bawah kerajaan yang baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata pembinaan hospital baharu itu diharapkan menjadi kenyataan, selepas ia tidak tersenarai dalam Bajet 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat pada 7 Okt lepas.

Beliau berkata pembinaan hospital baharu itu pentingb kerana kadar penggunaan katil di dua hospital utama di Johor Bahru iaitu HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI), kini telah melebihi 80 peratus dan tidak mampu menampung pertambahan pesakit.

“Mengikut statistik kadar penggunaan katil di dua hospital itu masih belum mampu untuk menampung pesakit dengan kadar penggunaan katil 80 peratus ke atas, jadi dengan kepadatan di hospital tersebut kita sangat memerlukan hospital baharu.

“Oleh itu, saya mewakili negeri Johor berharap, agar kerajaan baharu ini dan juga Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dapat membantu kita dalam menjadikan projek HSA 2, menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Ling berkata pihaknya difahamkan terdapat beberapa perkara yang timbul termasuk masalah tapak untuk pembinaan HSA 2, namun kerajaan negeri telah mengambil inisiatif mencadangkan tapak lain bagi pembinaan hospital baharu itu.

“Tanah telah disediakan, saya telah dimaklumkan sebab tidak tersenarai untuk belanjawan tahun hadapan kerana disebabkan ada rumah setinggan di kawasan tersebut.

“Jadi, cadangan daripada kerajaan negeri ialah supaya kita menggunakan tapak di sebelah yang tidak meliputi rumah setinggan tersebut, jadi dengan itu kita dapat membina hospital baharu,” katanya.

Bagaimanapun, Ling berkata Hospital Pasir Gudang yang kini dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

Pada 12 Ogos, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata Hospital Pasir Gudang dijangka siap sepenuhnya pada November 2024, manakala HSA 2 pula akan diumumkan secara rasmi pada belanjawan 2023.

Khairy dilapor berkata dengan pembinaan Hospital Pasir Gudang dan HSA 2, ia akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama di Johor Bahru itu iaitu HSA dan HSI.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings