the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelantikan Zahid dibuat berdasarkan hierarki parti: Ahmad Maslan

ROMPIN: Pelantikan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan berunsurkan kepentingan politik, tetapi dibuat dengan mengambil kira kedudukannya dalam hierarki parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan kedua tertinggi negara itu juga, bertujuan memberikan kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk selepas tiada parti memperolehi majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat.

“Tidak pernah satu Kabinet pun yang tidak menerima kritikan… berapa banyak kali kita melihat ada satu perkara yang 100 peratus sempurna. Mesti ada pihak yang tidak bersetuju di sana sini.

“Jika kita memberikan kepada orang lain selain Presiden (Ahmad Zahid), kestabilan itu agak tercabar. Kestabilan pertama dalam Umno dan kedua dalam Kerajaan Perpaduan itu sendiri.

“Oleh itu kita ingin kestabilan dan mengikut hierarki parti satu perkara yang sesuai dibuat pada saat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ceramah di Kampung Pianggu di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Selain Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Ditanya mengenai penerimaan parti terhadap keputusan barisan jemaah Kabinet, Ahmad berkata maklum balas positif diterima daripada peringkat akar umbi parti.

“Kita sedar kita hanya ada 30 kerusi dan enam wakil (menjadi menteri) pada pandangan kita Alhamdulillah, walaupun kita meminta lebih. Kita tunggu senarai timbalan menteri pula,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings