the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sektor pertanian, agromakanan rugi RM111.95 juta akibat banjir

KOTA BHARU: Sektor pertanian dan agromakanan mengalami kerosakan dan kerugian berjumlah RM111.95 juta akibat bencana monsun timur laut (MTL) yang berlaku bulan lepas.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu berkata laporan Pusat Pengurusan Bencana MAFS merekodkan kerosakan dan kerugian itu meliputi sekitar 24,700 hektar kawasan pertanian.

Beliau berkata kerosakan dan kerugian itu melibatkan 12,000 orang petani, penternak serta pengusaha agromakanan di seluruh negara.

“Bagi meringankan beban ditanggung, program MAFS Prihatin menyediakan 6,700 kit sedia untuk dimasak, 3,000 kit sedia untuk dimakan dan 1,000 kit kebersihan kepada komuniti angromakanan yang terjejas.

“Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan RM1 juta sebagai menyantuni komuniti agromakanan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Bantuan Banjir kepada 350 warga MAFS Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha MAFS Datuk Haslina Abdul Hamid.

Bagaimanapun, Mohamad berkata bekalan makanan negara masih terjamin.

“Bekalan makanan terjamin dan mencukupi kerana banjir hanya di Pantai Timur… di Pantai Barat tidak terancam sangat,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings