the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih RM53 juta kerugian akibat jenayah komersial di Pahang pada 2022

KUANTAN: Polis Pahang merekodkan 2,052 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM53 juta sepanjang tahun lepas berbanding 1,741 kes dengan nilai kerugian sekitar RM57 juta pada 2021.

Ketua Polis Negeri Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata daripada jumlah kertas siasatan yang dibuka pada tahun lepas, 993 kes atau 48.4 peratus telah dituduh di mahkamah.

Beliau berkata penipuan dalam talian mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,694 kes melibatkan jumlah kerugian lebih RM34.7 juta sekali gus menyaksikan mangsa yang sering terpedaya terdiri daripada individu bekerja dalam sektor pendidikan serta peniaga, masing-masing 111 dan 196 kes.

“Boleh dikatakan setiap hari polis Pahang menerima laporan melibatkan kes penipuan sebegini meskipun pelbagai peringatan dan kempen kesedaran telah dibuat. Kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan wanita selain individu berusia lingkungan 17 hingga 40 tahun.

“Kita minta masyarakat supaya lebih cakna dan berhati-hati ketika terima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali serta membuat semakan dengan polis atau agensi berkaitan,” katanya pada sidang media Kad Laporan Kes-Kes Jenayah dan Pencegahan Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri timbalannya Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sentiasa proaktif dengan mempergiat kempen pencegahan jenayah bagi memberi pendedahan mengenai trend terkini modus operansi yang dijalankan sindiket penipuan.

Sementara itu, Ramli memaklumkan kadar kemalangan di Pahang turut meningkat kepada 22,512 kes pada 2022 berbanding tahun sebelumnya iaitu 15,100 kes.

Menurut beliau, daerah Kuantan menyumbang kes kemalangan tertinggi iaitu 9,053 kes diikuti Bentong (3,261), Temerloh (2,406), Maran (1,253), Pekan (1,238), Rompin (1,063), Raub (964), Cameron Highlands (923), Bera (906), Lipis (851) dan Jerantut (594).

“Secara purata terdapat 62 kemalangan dilaporkan setiap hari pada 2022 dengan kemalangan melibatkan kereta merekodkan angka tertinggi iaitu 16,675 kes,“ katanya.

Selain itu, beliau berkata jenayah curi kereta pada tahun lepas mencatatkan 89 kes, meningkat sebanyak 20 kes berbanding 2021 dengan kes kecurian didapati kerap berlaku di luar bandar iaitu kawasan perumahan dan pinggir jalan.

Bagi 2022, Ramli memaklumkan sebanyak 12,659 tangkapan berkaitan pelbagai kesalahan dadah telah dilaksanakan dengan nilai rampasan lebih RM31.7 juta, berbanding 10,547 tangkapan pada 2021 melibatkan rampasan sebanyak RM19.2 juta.

Menyentuh mengenai isu integriti dalam kalangan warga kontinjen Pahang, beliau berkata seramai tujuh pegawai telah dibuang kerja tahun lepas berbanding 14 pada 2021 berikutan terlibat dalam kegiatan dadah dan salah laku. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings