the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

56.7% populasi Johor sudah dapatkan dos penggalak, 1.8% dos penggalak kedua

JOHOR BAHRU: Sebanyak 56.7 peratus populasi keseluruhan di negeri ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 yang pertama, manakala 1.8 peratus mendapatkan dos penggalak kedua setakat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Ling Tian Soon berkata sehingga semalam, sebanyak 87 peratus dari populasi keseluruhan Johor telah mendapat dos vaksin primer yang lengkap.

“Rakyat Johor khususnya mereka yang berisiko tinggi disaran mendapatkan vaksinasi bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan serius dan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati penduduk Johor yang belum melengkapkan dos primer atau dos penggalak agar mendapatkan vaksin Covid-19 secara jumpa terus atau janji temu, di klinik kesihatan atau hospital yang disenaraikan.

Ling berkata pemberian vaksin Covid-19 secara jumpa terus atau janji temu boleh dilakukan di 12 hospital, atau 81 pusat pemberian vaksin (PPV) dan klinik kesihatan di setiap daerah di negeri ini bermula Isnin depan.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada 29 Dis lepas menyarankan kepada masyarakat terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan dos vaksin penggalak Covid-19 susulan perkembangan terkini penyakit itu di China ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasminya berkata walaupun ketika ini kes dalam negara masih terkawal dan menurun, tindakan siap siaga perlu diambil.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings