the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: Ahli Bersatu tidak wajar ugut keluar parti sekiranya tidak tercalon

IPOH: Ahli Bersatu tidak wajar membuat ugutan keluar parti sekiranya tidak dicalonkan bagi kerusi tertentu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (gambar).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak itu berkata ahli parti perlu mengikut keputusan dan menyokong calon yang diperkenalkan bagi memastikan kejayaan dan kemenangan pada PRU15.

“Kalau ada kalangan pemimpin yang sanggup meninggalkan parti sekiranya tidak dicalonkan serta menjadi calon Bebas, jelas pemimpin itu berjuang untuk diri sendiri tetapi bukan parti yang diwakilinya,” kata Menteri Belia dan Sukan itu ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Perak Youth Centre (PYC) Tambun di sini hari ini.

Penyandang Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi kononnya penyandang Parlimen Bagan Serai dari Bersatu, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah memberi bayangan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu sekiranya dia tidak dicalonkan oleh PN pada PRU15.

“Beliau (Dr Noor Azmi) tidak pernah menyatakan perkara itu kepada saya sendiri secara peribadi tetapi pada saya mana-mana ahli parti tidak sewajarnya membuat ugutan kepada parti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata agihan kerusi antara parti dalam PN telah dimuktamadkan dan sebarang perubahan atau perkara berkenaan keputusan calon yang dipilih bagi kawasan tertentu perlu dibuat di peringkat tertinggi iaitu presiden parti masing-masing.

“Ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Kalau boleh hendak umum pada hari ini supaya tiada lagi spekulasi tetapi tunggu arahan parti untuk mengadakan pengumuman pada masa sesuai,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings