the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM kesan seorang lelaki bantu siasatan pemalsuan dokumen darjah kebesaran

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan sindiket pemalsuan dokumen Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.

Sumber SPRM ketika dihubungi hari ini memaklumkan lelaki tersebut yang merupakan seorang saksi, dikenali sebagai Low Kia Seng berusia 56 tahun.

“Alamat terakhirnya ialah di No. 187, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, Johor Bahru. Kes ini masih dalam siasatan SPRM,” katanya.

Menurutnya orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Azril Ibrahim di talian 017-8816717 atau e-mel kepada [email protected].

Pada 19 Okt lepas, seorang wanita bergelar Datuk dan seorang penjawat awam direman tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Permohonan reman disambung sekali lagi selama lima hari terhadap penjawat awam terbabit. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LRT3-area housing risks excluding B40, expert warns of transit gentrification

Dr Nurul Shakila Khalid said the greatest challenge facing transit-oriented development (TOD) is not the lack of affordable housing policies, but how transit-driven land economics steadily push property prices beyond the reach of B40 and M40 households.

Anwar urges swifter action to prepare Malaysians for AI-driven future

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said rapid technological advancements were reshaping industries and creating new opportunities, making it imperative for the country’s education and training ecosystem to adapt.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings