the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: Habibah bakal calon BN di Tanjong Karang ganti Noh

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Tanjong Karang Datuk Habibah Mohd Yusof dinamakan sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau menggantikan penyandang kerusi Parlimen tersebut Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi BN Selangor, yang sebelum ini mempertahankan kerusi itu selama enam penggal selepas memenanginya pada 1995.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan malam ini turut mengumumkan penyandang Parlimen Kuala Nerus yang juga bekas pemimpin PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai bakal calon untuk mempertahankan kerusi itu atas tiket BN.

Sementara itu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dinamakan sebagai bakal calon BN untuk mempertahankan Parlimen Tumpat selepas beliau digugurkan daripada senarai Perikatan Nasional (PN).

“Dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus itu menyaksikan BN menampilkan dua calon secara ‘direct candidate’ atas sifat keterbukaan dan perpaduan,“ katanya.

Empat lagi calon yang turut dimuktamadkan ialah bakal calon Parlimen Batu iaitu Datuk A. Kohillan Pillay; Datuk Chew Yin Keen (Bandar Tun Razak); Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (Jempol) dan Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah).

Zambry berkata dengan pengumuman itu, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi BN bagi kawasan Parlimen adalah sebanyak 178.

“BN yakin bakal calon yang dikemukakan dengan pelbagai latar belakang dan kelayakan, insya-Allah mampu menggalas amanah mewakili kepentingan rakyat apabila dipilih kelak,“ katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings