the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UK berhadapan kemelesetan “paling buruk, lama” dalam kalangan negara G7 pada 2023

MOSCOW: United Kingdom (UK) bakal berhadapan antara kemelesetan terpanjang dan pemulihan paling lemah dalam kalangan negara G7 sepanjang 2023 disebabkan kesan inflasi jangka panjang akibat wabak dan konflik di Ukraine, lapor Sputnik.

Menurut ahli ekonomi yang ditemu bual akhbar Financial Times, UK bakal menghadapi tempoh “kejutan inflasi” lebih lama berbanding kebanyakan negara G7, memaksa kerajaan untuk menjalankan dasar fiskal yang ketat sepanjang 2023.

“Kemerosotan gabungan gaji sebenar, kedudukan kewangan yang ketat dan pasaran perumahan semakin teruk,“ kata pakar ekonomi kanan di bank Berenberg Kallum Pickering.

Ekonomi UK “terdedah secara luar biasa” terhadap lonjakan harga tenaga dan kadar faedah di seluruh dunia kerana permintaan negara ke atas gas hampir tidak sepadan dengan kapasiti penyimpanan manakala sejumlah besar perjanjian gadai janji perlu memperbaharu kontrak kadar tetap.

UK mengalami krisis ekonomi sejak beberapa bulan lepas. Menurut Bank of England, ekonomi UK telah memasuki kemelesetan yang dijangka berterusan sehingga separuh kedua 2024.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings