the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita didakwa mangsa kes gangguan seksual Ebit Lew buat laporan polis

TENOM: Seorang pakar motivasi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memutuskan untuk membuat laporan polis di Bukit Aman.

Mohd Fairuz Abu, 37, berkata wanita itu tidak mahu membuat laporan polis di tempat kejadian iaitu di Tenom kerana khuatir identiti beliau diketahui saudara mara dan kenalannya.

“Wanita berkenaan memberitahu saya di Tenom ramai yang boleh tahu beliau membuat laporan polis. Laporan di Bukit Aman bertujuan untuk menjaga keselamatan beliau,“ katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Menjawab soalan peguam Ram Singh, saksi pendakwaan pertama itu berkata beliau adalah pengikut tertuduh di media sosial namun tidak lagi selepas kes tersebut.

Ram Singh: Saya katakan kepada awak bahawa awak telah memutuskan pada 26 Julai 2021 untuk tidak lagi menjadi pengikutnya kerana awak berhasrat menularkan isu dalam kes Tenom.

Mohd Fairuz: Tidak setuju.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings