the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Filipina: Korban banjir dan tanah runtuh ketika cuti Krismas cecah 49 orang

MANILA: Jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa bahagian di Filipina semasa cuti Krismas mencecah 49 orang, menurut agensi bencana kebangsaan negara itu Ahad.

Seramai 20 mangsa masih hilang manakala lebih 550,000 orang di lebih 30 wilayah terjejas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik agensi itu sebagai berkata.

Sekurang-kurangnya 51,400 penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa tinggal di pusat pemindahan atau menumpang rumah saudara-mara dan rakan-rakan.

Sebanyak 19 kematian dilaporkan di selatan wilayah Misamis Occidental manakala 13 korban dicatatkan di wilayah timur dan barat negara ini, menurut agensi berkenaan.

Bencana itu turut menjejaskan pertanian serta infrastruktur, jumlah kerosakan dianggarkan bernilai lebih 1.43 bilion peso (AS$25 juta). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings