the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki bebas tuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak

PUTRAJAYA: Seorang bekas penghantar makanan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Hakim Datin M. Kunasundary membebaskan Mohamad Shahril Abu Hanifa di akhir kes pendakwaan tanpa mengarahkan membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Dalam keputusannya beliau berkata keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan mangsa tidak mengenali pelaku dan tiada siasatan menyeluruh oleh pegawai penyiasat.

Mohamad Shahril, 42, dituduh melakukan kesalahan itu di Presint 15, Putrajaya pada 6.30 petang, 7 Jun 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Mohamad Shahril diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Vivi Aznita Zaina’ Larifin manakala Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin bagi pihak pendakwaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings