the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hartawan India Gautam Adani individu kedua terkaya dunia, atasi pengasas Amazon Jeff Bezos

NEW YORK: Hartawan India Gautam Adani mengatasi pengasas Amazon Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menjadikannya rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi, menurut Bloomberg Billionaires Index pada Jumaat, lapor Sputnik.

Adani, yang sebelum ini di tempat ke-14 Indeks Billionaires Bloomberg, memiliki anggaran kekayaan semasa berjumlah US$146.9 bilion di belakang pengasas Tesla, Elon Musk.

Musk individu terkaya di dunia ketika ini dengan anggaran kekayaan sebanyak US$260 bilion.

Menurut Bloomberg Billionaires Index nilai kekayaan Adani meningkat selepas saham syarikat perdananya Adani Enterprises Ltd. melonjak ke paras tertinggi minggu ini.

Nilai saham beberapa syarikat kumpulan Adani juga bertambah lebih daripada 1,000 peratus sejak 2020.

Sementara itu, nilai bersih Bezos merosot kepada US$145.8 bilion pada penilaian terakhir apabila penjualan semula saham syarikat Big Tech di Wall Street menjejaskan kekayaan individu terkaya Amerika dalam sektor itu. Saham Amazon menurun lebih 25 peratus tahun ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings