the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Besi dalam badan tidak halang Zhi Yan genggam emas

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak berada dalam keadaan terbaiknya, atlet wusyu Melaka Tan Zhi Yan masih mampu menggenggam pingat emas selepas mengungguli acara taijijian lelaki di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan Sea Hanoi itu nyata dalam kelas tersendiri dengan mempamerkan gerakan tangkas berjaya mengutip mata tetinggi 9.646 menewaskan atlet Wilayah Persekutuan Kerk Qing yang mengutip 9.576 mata untuk perak manakala wakil Sarawak Edison Wong Sing Yen meraih gangsa dengan 9.513 mata.

Atlet berusia 22 tahun yang meraih emas acara taijiquan lelaki semalam, ingin mendedikasikan kemenangan itu kepada jurulatihnya Loh Choon How yang sudah menabur bakti kepadanya sejak dua tahun lepas.

“Sebenarnya pada 2020, saya pernah menjalani pembedahan tulang belakang dengan enam nat besi, tiga di kanan tiga di bahagian kiri dimasukkan bagi menyokong belakang badan. Masih sakit sikit tetapi saya tahu teknik mengawal kesakitan dalam badan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MSN, Institut Sukan Negara (ISN), Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt, barisan kejurulatihan dan rakan seperjuangan atas segala kebaikan dilakukan mereka untuk kerjaya saya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, atlet Pulau Pinang Chuah Shang yang muncul juara acara nandao lelaki berkata, kejayaan hari ini amat bermakna buatnya apabila sekadar meraih pingat perak pada edisi 2018 di Perak.

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan, atlet yang sudah berada dalam kontinjen kebangsaan selama tujuh tahun itu mengakui teruja akhirnya mampu menambah koleksi pingat pada penampilan terakhirnya di Sukan Malaysia (Sukma) MSN ke-20.

“Sebelum pertandingan ini berlangsung, jurulatih ada beritahu untuk tarik nafas dan jangan gemuruh jadi saya sangat berterima kasih kepadanya. Selepas ini memang tiada kejohanan besar habis sudah bagi tahun ini.

“Jika ditanya apa yang saya mahu lakukan selepas ini, sudah semestinya saya mahu berehat bersama keluarga dan mendapatkan masa berkualiti bersama mereka sebab sebagai atlet negara kami jarang mempunyai peluang sedemikian,” katanya.

Beliau muncul juara selepas mencatatkan 9.643 mata mengetepikan atlet Sarawak Danny Ling Hang Kee yang meraih perak dengan 9.616 mata dan wakil Johor Chan Shi Weng mengutip 9.593 mata. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings