the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aktiviti ‘island hopping’, ‘river cruise’ di Sarawak berpotensi besar: Nancy

KUCHING: Aktiviti lawatan dari pulau ke pulau (island hopping) dan perkhidmatan bot persiaran sungai (river cruise) berpotensi dikembangkan di Sarawak bagi merancakkan kembali industri pelancongan negeri itu, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, penerokaan aktiviti berkenaan di pulau-pulau di negeri Bumi Kenyalang itu dapat menjana ekonomi penduduk setempat terutamanya komuniti yang mengerakkan aktiviti pelancongan di kawasan itu.

“Di Sarawak, promosi untuk destinasi pelancongan ke pulau agak kurang namun jumlah pelancong ke pulau di negeri ini agak memberangsangkan.

“Jadi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mahu membantu ekonomi masyarakat setempat dengan mempromosikan tempat pelancongan seperti Pulau Satang, Taman Negera Wetland Kuching supaya ada pembaharuan pakej seperti ‘island hopping’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan Motac ke Taman Negara Talang Satang di sini, hari ini, bertujuan mendapatkan input bagi kementeriannya mengenal pasti konsep pembaharuan pakej pelancongan yang perlu diketengahkan.

Taman Negara Talang Satang yang diselia Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), terdiri daripada pantai dan laut yang mengelilingi empat pulau iaitu Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil di Sematan serta Pulau Satang Besar dan Pulau Satang Kecil, terletak tidak jauh dari Santubong.

Nancy berkata antara tarikan aktiviti di kawasan itu termasuk menyelam skuba, selam snorkel, melihat tapak sarang burung koloni bridled terns serta black-naped terns (sejenis burung marin) dan melawat pusat pemeliharaan penyu.

Dalam pada itu, beliau berkata SFC turut menawarkan Program Sukarelawan Penyu Laut Sarawak (SSTVP) sepanjang bulan Mei hingga September sebagai inisiatif meningkatkan aktiviti ekopelancongan di Pulau Talang-Talang.

“Taman Negara ini terdiri daripada ekosistem pantai, marin dan air tawar. Haiwan yang dapat dilihat semasa aktiviti ‘river cruising’ di Kuching Wetland National Park ini adalah seperti buaya, proboscis monkey, ikan lumba-lumba Irrawady dan melihat kelip-kelip di waktu malam.

“Bagaimanapun, haiwan tersebut tidak dapat dilihat setiap masa kerana ia bergantung kepada keadaan pasang surut air dan juga cuaca,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings