the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
31.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pan Gon kekalkan majoriti pemain untuk Piala Raja Thai, Brendan turut tersenarai

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon mengekalkan 17 daripada 23 pemain yang melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023, bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand bermula dari 22 hingga 25 Sept ini di Chiang Mai.

Antara lapan pemain baharu yang dipanggil adalah tiga pemain muda berusia 21 tahun daripada Skuad Bawah-23 Tahun Kebangsaan iaitu penjaga gol Rahadiazli Rahalim, Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal Mahadi.

Jurulatih berusia 53 tahun itu turut menyenaraikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (penjaga gol), Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Gan, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.

Kali terakhir Brendan beraksi untuk skuad kebangsaan adalah ketika menewaskan Thailand 1-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun 2021, sebelum beliau disahkan menghidap kanser.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat bermula dari 16 hingga 19 Sept ini di Wisma FAM, sebelum berlepas ke Chiang Mai.

Pada saingan empat penjuru itu, Malaysia yang menduduki ranking dunia ke-148, diundi menentang Thailand (111) pada 22 Sept (Khamis), manakala Trinidad & Tobago (101) akan bertemu Tajikistan (109).

Pemenang kedua-dua perlawanan akan bertemu pada final yang dijadualkan pada 25 Sept, manakala pasukan tewas akan merebut tempat ketiga.

Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali, iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings