the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini pada 31 Ogos lepas yang disempurnakan dengan rapi dan cemerlang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ucapan tahniah dan penghargaan itu turut ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Al-Sultan Abdullah yang menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan itu bertitah semangat perpaduan, patriotisme dan cintakan negara yang dipamerkan oleh rakyat pada sambutan berkenaan dan sambutan yang telah dianjurkan di seluruh negara adalah sangat membanggakan.

“Seri Paduka juga amat kagum menyaksikan persembahan yang telah ditunjukkan oleh semua kontinjen agensi kerajaan dan murid-murid sekolah yang telah mengambil bahagian di majlis tersebut.

“Semangat kenegaraan dan cintakan negara yang telah dipamerkan oleh mereka, khususnya murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai peringkat persekolahan dan kaum adalah sewajarnya dipuji dan dicontohi,“ kata Ahmad Fadil dalam kenyataan hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa sukacita dan setinggi penghargaan kepada rakyat yang telah datang memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar untuk menyertai dan secara berdisiplin menonton sambutan hari yang bersejarah itu, yang dilaporkan melebihi jangkaan 50,000 orang.

Seri Paduka menzahirkan harapan semoga semangat tersebut, yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum di negara memperkukuh lagi keharmonian negara.

“Baginda turut menzahirkan harapan agar ia juga dipamer dan diteruskan dalam memperingati dan meraikan Hari Malaysia pada 16 Sept kelak,“ kata Ahmad Fadil.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings