the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: PAS mahu berunding dengan Umno, elak pertembungan tiga penjuru di 27 kerusi

SIK: PAS berharap masih ada ruang berunding dengan Umno melalui platform Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan tiada pertembungan di 27 kerusi ‘kritikal’ Parlimen antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perbincangan antara dua pihak iaitu PAS sebagai parti komponen PN dan Umno yang menjadi tunjang BN perlu diadakan untuk mengelak pertembungan tiga penjuru terutama di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

“Jadi tentulah (perebutan) kerusi-kerusi ini perlu dibincang, ada puluhan lagi kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) yang boleh kita bincang. Contohnya seperti (Parlimen) Raub dan Bentong, kerusi ini dimenangi PH sedangkan majoriti pengundi Melayu, tapi bila dua-dua bertembung, akhirnya dua-dua (BN dan PN) rugi.

“Jika tidak boleh berpakat semua, jangan bertembung semua, itu kaedah kita buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat sempena Muktamar PAS ke-68 di sini hari ini.

Menjawab soalan sama ada MN masih wujud atau sudah terbubar, Tuan Ibrahim berkata setakat ini, sama ada Umno atau PAS tidak pernah bercadang agar MN dibubarkan.

Katanya muafakat itu perlu kekal demi menjadi wadah agenda kepentingan Melayu dan Islam dan bukan sekadar untuk perbincangan politik sewaktu pilihan raya.

Namun, Tuan Ibrahim berkata jika Umno dan BN mahu bergerak solo pada PRU15, PN bersedia untuk menghadapi pertembungan tiga penjuru.

“PN bersedia dalam semua keadaan. Kalau Umno buat keputusan bergerak solo kita terpaksa lawan dan kita bersedia untuk lawan. PN akan lawan tiga penjuru, tapi tiga penjuru (nanti) BN rugi, PN pun rugi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dalam ucapannya mengumumkan sambutan Hari Air Peringkat Kebangsaan 2022 akan diadakan di Kedah iaitu di sekitar Sungai Muda.

Sambutan yang diadakan pada 25 Sept itu sebagai mengambil kira kepentingan peranan Sungai Muda membekalkan air di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

“JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk sambutan itu diadakan (di sepanjang Sungai Muda), kita akan umumkan nanti,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings