the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Liga Super: Nafuzi mahu pemain TFC kekal momentum kemenangan

KUALA NERUS: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain(gambar) mahu anak buahnya meneruskan momentum kecemerlangan sekali gus meraih tiga lagi mata pada aksi Liga Super menentang Melaka United malam esok.

Pengendali muda kelahiran Kelantan itu turut menggesa pemain supaya memanfaatkan kelebihan yang ada iaitu beraksi di laman sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memastikan pasukan lawan pulang dengan tangan kosong.

Menurut Nafuzi, selain memotivasikan pemain, kemenangan itu juga penting untuk membolehkan skuad Penyu kekal bersaing dalam kelompok teratas liga, sekali gus mencapai sasaran menjadi tiga pasukan terbaik musim ini.

“Tiga kemenangan berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini membuka semula peluang Terengganu untuk menamatkan liga di kedudukan tiga pasukan terbaik.

“Saya akui jarak mata dengan pencabar terdekat, Negeri Sembilan FC (NSFC) agak jauh iaitu tujuh mata, tetapi jika kita mampu memenangi baki enam perlawanan, insya-Allah peluang itu tetap ada dan terbuka,“ katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Gong Badak, semalam.

Nafuzi berkata beliau juga berasa agak lega kerana semua pemainnya sudah bebas daripada masalah kecederaan dan sedia diturunkan pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, beliau belum memutuskan skuad utama untuk saingan malam esok kerana masing-masing menunjukkan prestasi baik termasuk pemain muda.

“Selepas berehat panjang lebih kurang 12 hari tanpa perlawanan, semua pemain nampaknya telah kembali cergas dan pulih daripada kecederaan.

“Situasi ini bagus untuk pasukan di saat kita bakal menghadapi perlawanan akhir Piala FA dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam tempoh lima hari selepas aksi dengan Melaka,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings