the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umno P.Pinang jangka tanding lebih kerusi pada PRU15: Musa

BUTTERWORTH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) menjangkakan parti itu akan memperoleh lebih kerusi untuk ditandingi di negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding PRU lepas.

Musa berkata ini kerana kerusi-kerusi yang ditinggalkan parti Gerakan akan diisi oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ada.

“Keputusan untuk mengisi kerusi-kerusi Gerakan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan dalam BN dan saya berharap Umno akan diberi peluang untuk bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang,“ katanya.

Musa yang juga Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Umno Bukit Mertajam di sini hari ini.

Pada PRU14, BN Pulau Pinang bertanding di 40 kerusi Dun dan 13 kerusi Parlimen dengan Gerakan di 13 Dun dan empat Parlimen, Umno (15 Dun, lima Parlimen), MCA (10 Dun, empat Parlimen) manakala MIC di dua Dun.

Pada 23 Jun 2018, Gerakan secara rasmi keluar daripada BN susulan kekalahan gabungan itu dalam PRU14 dan menyertai PN pada Februari tahun lepas.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings