the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pencari kerja digesa daftar, manfaat sepenuhnya Sabah Jobs Portal: Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) menggesa para pencari kerja khususnya belia untuk mendaftar dan memanfaatkan sepenuhnya Sabah Jobs Portal bagi mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka.

Beliau berkata portal pekerjaan disediakan kerajaan Sabah itu merupakan platform terbaik bagi mencari pekerjaan setempat dan mengiklan kekosongan jawatan secara percuma kepada majikan serta pencari kerja dalam sektor swasta.

Menurutnya 233 majikan menawarkan 365 kekosongan jawatan telah mendaftar dengan Sabah Jobs Portal, setakat 27 Sept lepas, manakala di pihak pencari kerja 5,491 orang telah berdaftar dengan portal berkenaan.

“Selain Sabah Jobs Portal, portal pekerjaan seperti MYFutureJobs juga mampu melakukan padanan pekerjaan dan perkhidmatan kerjaya lain, selain menawarkan inisiatif-inisiatif kerajaan.

“Saya mahu lebih ramai lagi golongan belia atau lepasan sekolah menggunakan portal ini untuk mencari pekerjaan”, katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya Perdana Sabah Maju Jaya 2022 di sini hari ini.

Karnival kerjaya itu dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dengan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dengan lebih 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan lebih 20 majikan daripada pelbagai sektor.

Hajiji berkata kadar pengangguran bagi Sabah sehingga Mei 2022 ialah 9.1 peratus berdasarkan Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia.

Beliau berkata penganjuran karnival kerjaya adalah antara komitmen berterusan kerajaan Sabah untuk mengatasi isu pengangguran, dengan menghubungkan para pencari kerja dan majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Menurutnya 1,282 individu telah mendapat pekerjaan melalui enam siri karnival kerjaya anjuran JPSM Sabah setakat ini.

“Pelbagai inisiatif berkonsepkan pekerjaan dan kerjaya telah dilaksanakan untuk membantu mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan,“ katanya, sambil meminta majikan menyediakan peluang pekerjaan dan insentif terbaik untuk para pencari kerja.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings