the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saya tidak diminta taksir RM1 juta yang diterima Shahrir: Pegawai LHDN

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memintanya membuat penaksiran bagi menentukan sama ada wang RM1 juta yang didakwa diterima Tan Sri Shahrir Ab Samad (gambar) adalah pendapatan atau tidak.

Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, berkata pegawai penyiasat itu juga tidak mengemukakan sebarang dokumen berkaitan penerimaan wang RM1 juta, sebaliknya hanya memberitahu bahawa Shahrir menerima wang berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada LHDN.

Syed Faisal Al-Edros: Kalau nak tentukan sama ada RM1 juta yang Tan Sri Shahrir terima merupakan pendapatan atau tidak, tempat yang terbaik adalah penaksir cukai seperti Tuan Zul sendiri?

Tuan Zulkfli: Betul.

Saksi pendakwaan ke-21 itu bersetuju dengan peguam bahawa adalah menjadi bidang kuasa LHDN untuk menentukan RM1 juta yang diterima Shahrir merupakan pendapatan atau tidak.

Ditanya adakah pegawai penyiasat memberitahu saksi bahawa Shahrir ada menceritakan beliau tidak mahu bertanding (Parlimen Johor Bahru) semasa berjumpa pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika itu (Najib) selepas beberapa bulan Shahrir memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru kerana duit simpanannya telah digunakan untuk membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai, Tuan Zulkfli menjawab “Tidak ada”.

Syed Faisal Al-Edros: Apabila pengerusi BN mendengar tentang perkara itu, pengerusi BN keluarkan cek berjumlah RM1 juta kepada beliau (Shahrir) itulah yang membawa kepada pertuduhan ini, jadi pengeluaran cek itu ada diberitahu pengawai penyiasat kepada Tuan Zulkfli?

Tuan Zulkfli: Bukan pengeluaran cek tapi penerima (Shahrir) menerima cek RM1 juta.

Berikutan jawapan saksi itu, peguam itu bertanya lagi, adakah beliau mengetahui dan dimaklumkan oleh pegawai penyiasat mengenai sejarah yang membawa kepada penerimaan RM1 juta itu, Tuan Zulkfli berkata “Tidak”.

Saksi itu tidak pasti apabila peguam itu mencadangkan kepadanya bahawa wang RM1 juta yang diterima Shahrir bukan pendapatan yang dikenakan cukai kerana ia adalah wang diamanahkan untuk perbelanjaan projek Puri Langkasuka, bukan untuk kegunaannya sendiri.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 4 Nov ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings