the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sentimen dalam kalangan pengilang Jepun merosot buat suku ketiga berturut-turut

TOKYO: Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat besar Jepun merosot buat suku ketiga berturut-turut, turun daripada tahap sembilan tiga bulan sebelumnya kepada lapan pada September, berikutan kenaikan harga bahan mentah, lapor Xinhua, memetik Bank of Japan (BOJ) sebagai berkata dalam laporan Tankannya pada Isnin.

Bagaimanapun, indeks sentimen yang mengukur keyakinan dalam kalangan bukan pengilang meningkat kepada 14 berbanding 13 dalam tinjauan sebelumnya, meningkat buat suku kedua berturut-turut, berikutan aktiviti ekonomi yang meningkat sejajar dengan tindakan kerajaan menamatkan langkah antiviral yang sebelum ini menyekat beberapa amalan dalam perniagaan

Kenaikan harga tenaga dan komoditi terjejas susulan penurunan yen berbanding rakan utamanya, yang seterusnya menambah tekanan inflasi ke atas bahan mentah, menurut bank pusat itu.

Yen menyusut mendadak berbanding mata wang utama seperti dolar US dan euro, sekali gus meningkatkan kos bahan mentah yang diimport.

Berikutan keuntungan merosot akibat kenaikan kos, sentimen dalam kalangan firma yang bergantung kepada bahan mentah dan komoditi dari luar negara, seperti pulpa dan kayu sehinggalah kepada bahan kimia dan makanan, turut merosot dengan ketara, menurut laporan BOJ.

Untuk tempoh tiga bulan akan datang, menurut BOJ sentimen pengilang dijangka meningkat sedikit kepada tahap sembilan, manakala sentimen dalam kalangan bukan pengilang pula berkemungkinan turun kepada 11, memandangkan kos import yang lebih tinggi.

Indeks Tankan menggambarkan peratusan syarikat yang melaporkan keadaan menggalakkan, tanpa mengambil kira peratusan yang melaporkan keadaan tidak menguntungkan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings