PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyeru pengeluar jenama roti popular, Gardenia, membatal atau menangguhkan keputusannya untuk menaikkan harga produknya mulai Khamis ini.
Mengikut laporan media, kenaikan itu merupakan kali yang kedua dalam setahun. Kenaikan sebelum ini dilakukan pada 1 Dis 2021.
“PBM berpendapat kenaikan ini adalah amat tidak perlu.
“Ini kerana ramai rakyat Malaysia akan terjejas, terutamanya dengan inflasi global yang disebabkan oleh perang di Ukraine dan gangguan dalam rangkaian bekalan dunia.
“Walaupun ekonomi kita telah dibuka semula berikutan sekatan awal yang dikenakan untuk membendung penularan Covid-19, ia masih belum pulih dengan sepenuhnya,” Naib Presiden PBM Dr Shatish Kumar Naib kata dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam erti kata lain, Sathish berkata menaikkan harga roti pada ketika ini hanya akan membebankan rakyat, terutamanya mereka dalam dua kohort ini.
“PBM juga bimbang cadangan kenaikan itu akan membawa kepada kesan domino dalam harga barangan dan perkhidmatan lain.
“Ada juga kemungkinan jenama pesaing juga akan mengambil peluang untuk menaikkan harga produk mereka.
Walaupun kami faham bahawa keputusan untuk menaikkan harga roti itu adalah disebabkan kenaikan harga bahan mentah, PBM juga sedar bahawa pengeluar roti itu merupakan anak syarikat salah satu konglomerat terbesar di negara ini,” tambah beliau.
PBM juga menyeru pengeluar roti Gardenia untuk tidak membuat sebarang keputusan berdasarkan pertimbangan kewangan semata-mata.









