the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Afghanistan terima bantuan kemanusiaan tambahan berjumlah US$40 juta

ISLAMABAD: Afghanistan menerima bantuan kemanusiaan tambahan dalam bentuk tunai berjumlah US$40 juta bagi menangani krisis kemanusiaan, menurut bank pusat negara itu.

Menurut Bank Da Afghanistan, jumlah itu diterima dari negara-negara penderma pada Isnin untuk membantu rakyat Afghanistan.

“Wang tunai sebanyak US$40 juta telah tiba di Afghanistan dan telah diserahkan kepada bank komersial sebagai sebahagian daripada bantuan kemanusiaan dari negara-negara penderma,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan bank itu.

Ini merupakan sumbangan peringkat ketiga yang diterima negara itu dalam tempoh sebulan, selepas dua siri sumbangan bernilai US$80 juta diterima sebelum ini untuk menangani krisis kemanusiaan.

Bank itu mengalu-alukan sumbangan berkenaan dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama dengan Afghanistan demi membantu rakyatnya.

Afghanistan sebelum ini dilanda perang, kini berdepan krisis kemanusiaan selepas tentera asing berundur pada Ogos tahun lalu dan pentadbiran Kabul yang disokong Amerika Syarikat digulingkan selepas Taliban kembali berkuasa selepas 20 tahun.

Di saat kerajaan sementara Taliban menanti pengiktirafan oleh masyarakat antarabangsa, bagi membolehkannya membawa masuk pelaburan asing dan faedah kewangan lain, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengetuai misi kemanusiaan untuk membantu mereka yang memerlukan di negara itu.

Taliban telah bergelut untuk mendapat pengiktirafan di peringkat global, menghadapi masalah kewangan kerana AS telah membekukan aset Afghanistan kira-kira US$9.5 bilion, walaupun PBB memberi amaran bahawa rakyatnya bakal menjadi mangsa kebuluran yang melampau.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings