the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lebih 100 nelayan terjejas akibat tumpahan minyak sawit di Johor

Lebih 100 nelayan dan 27 penternak kupang di Johor terjejas pendapatan akibat tumpahan minyak sawit di perairan Kampung Pasir Putih.

JOHOR BAHRU: Sumber pendapatan lebih 100 nelayan termasuk 27 penternak kupang di Kampung Pasir Putih, di sini terjejas akibat kejadian tumpahan minyak di perairan berhampiran kampung berkenaan sejak semalam.

Ketua Nelayan Kampung Pasir Putih Hamzah Allahdita berkata kawasan terlibat dianggarkan meliputi jarak sejauh satu kilometer dan tumpahan disyaki berpunca daripada kilang memproses minyak sawit.

“Minyak ni ikut arus air, tak semua tempat kena, tapi memang boleh nampak kuning di sebahagian kawasan. Bot nelayan pun banyak yang kotor terkena minyak,” katanya ketika ditemui Bernama di jeti nelayan kampung itu di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun tiada ternakan kupang atau ikan dilaporkan mati setakat ini, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghentikan sementara pengambilan kupang selama dua hingga tiga hari bagi memastikan keselamatan.

“Sekarang kupang masih hidup, tapi bila kita ambil dan bersihkan, ia berminyak. Bila dah macam tu, pelanggan tak nak beli. Kami bimbang kupang rosak dan tak laku,” katanya.

Hamzah berkata nelayan dan penternak kupang kini terpaksa menghentikan aktiviti menangkap ikan serta menternak sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan, sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka.

Sementara itu, seorang nelayan yang mengusakan ternakan kupang, Faizul Jumat Ismail berkata sebelum ini lebih 300 kilogram hasil laut termasuk kupang dapat dikeluarkan sehari, tetapi sekarang semuanya terhenti. 

“Kerugian saya dianggarkan hampir RM20,000 kerana tidak boleh meneruskan kerja di samping jualan juga terjejas.

“Setakat ini kami masih menunggu kerja-kerja pembersihan dilakukan. Harapnya kesan tumpahan ni tidak berpanjangan bagi mengelakkan sumber pendapatan kami terjejas lebih lama,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dengan kira-kira 30 pekerja menggunakan pelbagai teknik dan peralatan bagi mengeluarkan minyak.

Wakil syarikat pembersihan yang ditemui berkata proses itu dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga hari bagi memastikan kawasan perairan kembali bersih dan selamat untuk aktiviti perikanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata setakat ini 10 laporan telah diterima daripada nelayan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

NRES advances green digital agenda with CNCS certification from Starza, ICT Zone

The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) has strengthened its sustainability and digital governance agenda with the receipt of a Carbon Neutral Computing Services (CNCS) certificate, offsetting 130.04 tonnes of CO₂e from 441 ICT assets. Delivered through a public–private collaboration with Starza Corporation Sdn Bhd, ICT Zone Asia Bhd and HP, the initiative demonstrates how carbon-neutral ICT deployment can support Malaysia’s Net Zero 2050 aspirations while providing a scalable model for sustainable digital transformation across the public sector.

Chin Hin Group confident of sustained growth in 2026 on strong order visibility and capacity expansion

Chin Hin Group Bhd is entering 2026 with strong earnings visibility, underpinned by RM2.3 billion in unbilled property sales and robust order books across construction, building materials and home & living. Supported by disciplined execution, strategic capacity expansions and a growing focus on sustainability-driven solutions, the group is well-positioned to deliver its next phase of scalable, sustainable growth.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories