the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan kes Rosmah

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor(gambar) yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana kesalahan membocorkan maklumat, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kesalahan menyebarkan kenyataan jelik).

Beliau berkata polis menerima aduan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

“Semasa pengadu berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pengadu telah dimaklumkan berlaku kebocoran dokumen dalaman sulit yang merupakan dokumen draf awal disediakan Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Dokumen itu merupakan dokumen penyelidikan mengenai kes yang masih dalam perbicaraan dan merupakan pendapat Unit Penyelidikan sebagai rujukan kepada Hakim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata dokumen berkenaan akan dipinda berdasarkan kajian serta bacaan dan ia bukan satu keputusan penghakiman.

Menurutnya, hasil semakan polis mendapati terdapat satu artikel dimuat naik di sebuah portal berita bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022’, yang dikeluarkan semalam.

Beliau berkata laporan media itu mendakwa keputusan mahkamah mendapati Rosmah bersalah telah disediakan namun pengadu mendapati dokumen tersebut dipinda daripada dokumen asal.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang artikel yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings