the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penguatkuasaan Akta Kerja (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang dijadualkan bermula pada 1 Sept ini ditangguhkan ke 1 Jan tahun depan.

Antara pindaan itu ialah pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam ke 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari dan cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan(gambar), berkata penangguhan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor.

Beliau berkata libat urus bersama pemegang taruh yang berkaitan mendapati pemain industri khususnya majikan memerlukan sedikit masa sebelum pindaan itu dikuatkuasakan dengan mengambil kira isu kekurangan pekerja asing dan pemulihan syarikat pasca Covid-19.

“Selepas mendengar pandangan semua pihak, kerajaan membuat kesimpulan bahawa kami perlu memberi tempoh tiga bulan lagi untuk pemulihan ekonomi. Jika tidak, saya hanya bimbang jika industri terjejas, ramai akan kehilangan pekerjaan.

“Sudah tentu kementerian mengambil berat tentang kepentingan pekerja. Ini (penangguhan) untuk menjaga kepentingan mereka,“ katanya pada sidang media khas, di sini, hari ini.

Saravanan berkata isu kekurangan pekerja asing timbul susulan negara menyekat kemasukan mereka sejak hampir tiga tahun lepas berikutan penularan Covid-19 yang menyebabkan masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri.

Katanya, walaupun negara telah membenarkan semula pekerja asing untuk masuk ke Malaysia, proses untuk memenuhi keperluan industri akan mengambil masa.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penangguhan itu adalah terakhir dan akan tetap dilaksanakan bermula 1 Jan depan tanpa mengira sebarang alasan oleh majikan.

Pindaan kepada Akta Kerja 1955 telah diluluskan di Palimen pada Mac lepas dan Saravanan sebelum ini dilaporkan berkata ia akan mula dikuat kuasakan pada 1 Sept ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings