the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Merusuh: Peniaga buah mengaku bersalah, diarah berkelakukan baik selama tiga tahun

MELAKA: Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini memerintahkan seorang peniaga buah berkelakuan baik selama tiga tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam kegiatan rusuhan bersenjata sehingga menyebabkan kecederaan, tujuh tahun lepas.

Majistret Mazana Sinin, yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Boon Jin, 25, turut mengenakan bon jaminan sebanyak RM1,000 dan tertuduh akan didakwa jika gagal berkelakuan baik sepanjang tempoh tersebut.

Terdahulu, peguam Kent Tan memohon supaya tertuduh dijatuhi hukuman berkelakuan baik atas alasan ketika kejadian, anak guamnya berumur 17 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama beberapa individu yang masih bebas dengan menggunakan senjata sehingga mendatangkan kecederaan di depan sebuah restoran di Jalan Cheng Baru, Lebuh AMJ di sini pada 9 malam 2 Sept 2015 mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nur Shaari.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings