the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Treler jatuh dari jejambat, laluan pekan Ipoh-Tasek Terhalang

IPOH: Pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar di sini dikejutkan dengan kejadian sebuah treler yang jatuh dari jejambat ke jalan di bawahnya, menyebabkan laluan dari arah pekan Ipoh menghala ke Tasek, terhalang tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada kira-kira pukul 12.27 tengah hari.

“Kita segera mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi pemantauan dan sebaik tiba pemandu lori sudah keluar dari kenderaan itu dengan sendirinya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pengalihan lori dan besi jejambat yang menghalang laluan di kedua-dua arah telah diserahkan kepada pihak yang berkaitan dan tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Tinjauan Bernama mendapati laluan di kedua-dua arah sesak akibat besi jejambat yang menghalang laluan dan tiada kenderan lain yang terlibat dalam kejadian itu.

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video yang menunjukkan lori terjatuh dari atas jejambat secara melintang dan kenderaan yang melalui jalan berkenaan sempat memberhentikan kenderaan dan terselamat dari dihempap lori serta besi jambatan yang jatuh.

Warganet yang berada di lokasi ketika kejadian turut berkongsi video dan gambar mengenai kejadian tersebut menerusi media sosial.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings