the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gelombang haba di Eropah pecah rekod, jejas kesihatan, ekonomi

GENEVA: Gelombang haba yang melanda Eropah memecah rekod sehingga menjejaskan kesihatan orang ramai, ekonomi, pengeluaran pertanian dan pelancongan, dan berkemungkinan berlaku lebih kerap untuk beberapa dekad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) Petteri Taalas dalam satu sidang media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva mengenai gelombang haba pada Selasa berkata aliran iklim negatif akan berterusan, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2060-an.

“Dan itu bermakna keadaan cuaca ini menjadi kebiasaan,“ katanya dipetik Agensi Anadolu.

Menurut Taalas, dunia mempunyai cara yang lebih baik untuk menyesuaikan diri dengan gelombang haba berbanding pada dulu kerana di banyak negara, orang ramai telah menambah baik kemudahan untuk menangani gelombang haba dan lebih mengetahui tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan cuaca.

Taalas berkata kesedaran mengenai perubahan iklim jauh lebih baik berbanding dahulu.

Beliau berkata cara untuk mengurangkannya boleh dilihat dalam sektor tenaga dengan penyelesaian mesra iklim serta dalam pengangkutan dan pemakanan rakyat, manakala harga berkaitan ubat-ubatan semakin rendah.

“Tetapi orang yang sama yang terdedah kepada pandemik Covid-19 sangat berisiko terhadap gelombang haba.

“Jadi, kami jangka peningkatan kematian dalam kalangan warga emas dan mereka yang sudah sakit. Kami juga menjangkakan kesan besar terhadap pertanian,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings