the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Atlet ke Komanwel Birmingham harus buktikan keupayaan, jadi kebanggaan M’sia

KUALA LUMPUR: Atlet negara ke Sukan Komenwel ke-22 di Birmingham, England harus membuktikan keupayaan dan berjuang habis-habisan bagi merangkul kejayaan untuk kebanggaan diri dan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa sasaran pingat negara dapat dicapai, menandingi tujuh emas yang pernah dimenangi semasa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia.

“Kalah menang sebenarnya adat pertandingan tetapi tunjukkanlah kepada dunia semangat perjuangan anak-anak Malaysia. Semangat Harimau Malaya yang sebenar-benarnya.

“Keluarga Malaysia ingin lihat Jalur Gemilang berkibar megah dan lagu Negaraku berkumandang di bumi Birmingham,“ katanya semasa majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke temasya itu di sini hari ini.

Seramai 105 orang atlet daripada 14 jenis sukan akan membawa cabaran negara pada temasya empat tahun sekali yang akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos di Birmingham, England itu nanti.

Ismail Sabri dalam ucapannya turut menyeru para atlet supaya berjuang sehabis baik kerana sebagai Keluarga Malaysia, mereka perlu memiliki keazaman untuk meraih kejayaan dalam apa sahaja yang dilakukan.

“Saya yakin dan percaya, atlet-atlet yang berada di dewan ini akan memberikan yang terbaik dan memperlihatkan aksi yang maksimum apabila menyarungi jersi Harimau Malaysia nanti,“ katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sukan adalah antara agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan menyatupadukan rakyat serta membentuk kebersamaan.

Katanya, sukan merupakan jambatan dan instrumen dalam menyatukan serta menyemarakkan nilai-nilai tersebut dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings