the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Thailand tidak import produk ais krim Haagen-Dazs mengandungi bahan tercemar

BANGKOK: Thailand tidak mengimport produk ais krim Haagen-Dazs yang dilaporkan mempunyai kandungan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) yang tinggi, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

Timbalan Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Weerachai Nolwachai berkata pemeriksaan mendapati Thailand tidak mengimport sebarang produk itu, setakat ini.

“Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa FDA sentiasa mematuhi pemeriksaan untuk semua produk import.

“FDA juga memantau dengan teliti isu keselamatan makanan di negara lain,“ katanya dalam satu kenyataan.

Sistem Amaran Pantas Kesatuan Eropah untuk Makanan dan Hidangan (EURASAFF) dalam satu laporan memaklumkan produk ais krim berperisa vanila dari Perancis itu mempunyai ETO melebihi had yang dibenarkan.

Bahan ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

Negara termasuk Malaysia, Singapura dan Belgium mengarahkan ais krim Haagen-Dazs dengan perisa tertentu ditarik balik daripada jualan selepas mengesan kewujudan ETO.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings