the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pindaan perlembagaan Umno: Jangan salahkan RoS – Ahmad Maslan

BANGI: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua pihak agar tidak menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebaliknya jabatan berkenaan diberikan lagi masa berhubung isu permohonan pindaan perlembagaan parti itu.

Beliau berkata pihaknya juga berharap Barisan Nasional (BN) tidak disalahkan kerana telah mendesak jabatan itu untuk memberikan jawapan permohonan.

“Saya tidak mahu ada tindakan salah menyalahkan, kata RoS tidak dengar cakap BN ke atau sebagainya, jangan sebut begitu.

Kita berilah lagi masa kepada RoS …seminggu atau dua lagi,” katanya selepas program Wacana Aspirasi Ummah ‘NGO Membantu Kestabilan’ di Dewan Sri Warisan, Kampung Teras Jernang di sini, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, tambahan masa itu perlu diberikan untuk membolehkan RoS meneliti dokumen tambahan yang diminta daripada UMNO.

Oleh kerana permohonan RoS yang meminta sebanyak lapan jenis dokumen tambahan maka itu dianggap sebagai tambahan masa untuk mereka memberikan maklum balas,” katanya sambil turut menafikan dakwaan beberapa portal yang melaporkan RoS telah meluluskan pindaan perlembagaan parti berkenaan.

UMNO sebelum ini membuat permohonan pindaan itu bagi membolehkannya menangguhkan pemilihan kepemimpinannya sehingga enam bulan selepas pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU).

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei lepas.

Pada 7 Julai lepas, RoS berkata keputusan berhubung permohonan pindaan Perlembagaan UMNO akan diketahui semalam. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Post-pandemic health upgrade drives global brands to Southeast Asia: High-purity Omega-3 leader WHC selects...

Belgium-based Omega-3 specialist WHC has entered Singapore with its flagship UnoCardio 1000, using the country as its strategic Southeast Asian hub. The expansion reflects growing demand for high-purity, science-backed health supplements in the region's post-pandemic wellness market.

Dusit International brings its Dusit Collection brand to Japan with the opening of a...

Dusit International has launched its first Dusit Collection property in Japan with the opening of WE Hotel Toya in Hokkaido. Designed by Kengo Kuma & Associates, the luxury lakeside retreat blends Japanese craftsmanship, Thai-inspired hospitality and scenic views of Lake Tōya.

Amazing Thailand Fest 2026 brings Thai culture, cuisine and entertainment to Central i-City

The collaboration reflects Central’s commitment to bringing Thailand’s culture, cuisine and creativity closer to international audiences, while strengthening ties between Thailand and Malaysia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings