the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sistem penyaluran subsidi kepada pembungkus semula minyak masak ditambah baik

PUTRAJAYA: Sistem penyaluran subsidi kepada pembungkus semula minyak masak akan ditambah baik bagi mengelakkan isu penyeludupan berterusan, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa(gambar).

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pembungkus semula minyak masak menghadapi masalah ‘aliran tunai’ kerana bayaran subsidi yang sepatutnya diterima lambat disalurkan menjadi antara sebab berlakunya kebocoran.

“Ini mendorong mereka mengambil jalan pimtas dengan menjual minyak yang ada, tidak mengikut saluran program subsidi untuk mendapat keuntungan cepat,“ katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu di sini hari ini.

Menurut Annuar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan sewajarnya terhadap masalah itu untuk membolehkan sistem penyaluran itu ditambah baik agar pihak pembungkus semula tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bayaran.

Menurutnya, mesyuarat pasukan khas itu hari ini telah membincangkan perkara itu dan Kementerian Kewangan juga telah memberi input bagaimana perkara itu boleh diatasi secara dalaman di peringkat KPDNHEP.

“Saya yakin mereka berupaya mengambil tindakan supaya masalah kelambatan menerima bayaran komponen susbidi bagi pembungkus semula dapat diatasi dalam masa terdekat,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings