the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gazprom Rusia hadkan bekalan gas ke Itali hingga satu pertiga

ROME: Firma tenaga Rusia Gazprom pada Isnin mengehadkan bekalan gasnya ke Itali sebanyak satu pertiga, kata syarikat mega bahan api Itali, Eni.

Pemotongan itu dibuat pada hari yang sama Gazprom menutup saluran paip gas Nord Stream1 ke Eropah selama 10 hari, secara rasmi untuk tujuan penyelenggaraan, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Jerman, Perancis, serta Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan kebimbangan mengenai bekalan gas Rusia akan terhenti sepenuhnya susulan operasi ketenteraannya di Ukraine.

Gazprom mengurangkan bekalan gasnya ke Itali kepada 21 juta meter padu, iaitu satu pertiga daripada purata keseluruhan bekalan sejak beberapa hari lepas.

Itali mendesak supaya Eropah memperkenalkan harga siling bagi bekalan gas dan Perdana Menteri Mario Draghi berikrar untuk merangka laporan mengenai isu itu supaya dapat dibentangkan di sidang kemuncak EU menjelang akhir September.

Pengendali infrastruktur minyak dan gas Snam memaklumkan pada Isnin bahawa bekalan gas kini hanya sekitar 6.1 bilion meter padu atau 64 peratus daripada sasaran mereka.

Menteri Peralihan Ekologi Roberto Cingolani berkata pada Isnin bahawa kerajaan sedang berbincang untuk mengadakan kempen penjimatan gas dan air, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kerajaan Itali telah bekerja keras untuk menamatkan kebergantungan negara kepada gas Rusia sejak operasi ketenteraan Moscow ke atas Ukraine awal tahun ini, dan menyediakan satu siri perjanjian untuk meningkatkan bekalan dari sumber lain.

Gas yang dibekalkan oleh Moscow kepada Itali telah menurun daripada 40 peratus sejak permulaan konflik kepada sekitar 25 peratus pada saat ini, kata sumber baru-baru ini.

Kerajaan Itali telah “bertindak pantas” dalam mempelbagaikan sumber dengan menimbangkan pembekal alternatif seperti negara Algeria, Angola, Congo, Libya, Mesir, Israel dan Mozambique, kata Perdana Menteri Mario Draghi baru-baru ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings