the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis terima lebih 20 laporan isu bakal jemaah haji terkandas di KLIA

PUTRAJAYA: Polis telah menerima sekurang-kurangnya 22 laporan berhubung isu bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman berkata setakat pukul 3 petang hari ini, laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan anggota keluarga mangsa antaranya di Dungun, Terengganu; Setapak, Kuala Lumpur; Temerloh, Pahang; Rawang, Selangor.

“Kita jangka akan ada lagi laporan menyusul kerana mangsa yang terlibat tu ramai,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Imran berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Siasatan hanya boleh dibuat selepas laporan dibuat. Jadi selepas ini pihak polis akan panggil beberapa saksi termasuk wakil syarikat yang terlibat untuk mendapatkan cerita yang sebenar.

Sekarang ni kita baru nak siasat, kita tak kata mereka ni sah kena tipu. Jadi kita tidak tahu kedudukan (sebenar) lagi, biar kita siasat dulu,“ katanya.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA semalam dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. Mereka dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings