TOKYO: Lebih 107,000 penduduk di enam wilayah telah diarah berpindah susulan hujan lebat dan ancaman banjir, menurut perkhidmatan bomba pada Khamis.
Arahan itu dikeluarkan di wilayah Aomori, Iwate, Yamagata, Fukushima, Niigata dan Ishikawa, manakala amaran tahap tertinggi telah dikeluarkan di wilayah Niigata, lapor Sputnik.
Bahagian utara dan timur Pulau Honshu kini dilanda hujan lebat, dan menyebabkan kejadian tanah runtuh sehingga menghalang beberapa laluan.
Banjir turut melanda wilayah Yamagata. – Bernama









