the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga individu jadi mangsa taktik terbaharu penipuan tawar Skim Bantuan Khas Covid-19

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki menjadi mangsa dipercayai modus operandi terbaharu penipuan yang menawarkan Skim Bantuan Khas Covid-19, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua mangsa berumur antara 26 hingga 48 tahun menerima khidmat pesanan ringkas menawarkan bantuan khas berjumlah RM500 yang akan dikreditkan ke dalam akaun mereka selepas mengisi butiran peribadi melalui pautan diberikan.

“Bagaimanapun, setelah mangsa mengisi kesemua butiran yang diperlukan, mereka mendapati baki (wang) dalam akaun masing-masing berkurangan. Kerugian dicatatkan kesemua mangsa berjumlah RM4,550,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menerima laporan daripada ketiga-tiga mangsa berhubung kejadian itu dari 28 hingga 30 Julai lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Azmi berkata Kementerian Kesihatan juga telah memaklumkan bahawa ia tidak pernah menghantar sebarang pesanan berkaitan pemberian bantuan kewangan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan melayari Twitter MySejahtera untuk mendapatkan pengesahan berkenaan skim bantuan berkenaan atau membuat semakan terus dengan kementerian atau agensi bertanggungjawab.

“Bagi mengelakkan ditipu, orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat turun pautan yang tidak diketahui kesahihannya serta jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi kepada pihak ketiga,“ katanya.

Sementara itu, di Petaling Jaya seorang Eksekutif Akaun wanita rugi RM428,000 selepas menjadi mangsa “Love Scam” lelaki tempatan yang mengaku bekerja sebagai jurutera petroleum dan pemilik sebuah syarikat di Singapura.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata mangsa berusia 41 tahun berkenalan dengan suspek pada Ogos 2021 menerusi Facebook sebelum meneruskan perbualan di aplikasi WhatsApp dengan suspek menggunakan nombor telefon antarabangsa.

“Pada Oktober tahun lepas, mangsa diperdaya kononnya syarikat suspek mengalami masalah kewangan sebelum memindahkan RM5,000 ke akaun dipercayai milik peguam suspek.

Sepanjang berhubungan, mangsa telah membuat 47 transaksi ke empat akaun bank berbeza sebelum sedar telah ditipu dan memaklumkan perkara itu kepada keluarganya. Mangsa membuat laporan polis semalam,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis “sahabat alam maya”. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings