the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapangan terbang Taipei Taoyuan terima ancaman bom susulan lawatan Pelosi

BEIJING: Lapangan Terbang Taoyuan Taipei memaklumkan pihaknya menerima ancaman bom yang bertujuan untuk mengganggu lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi yang dikatakan mungkin akan melawat Taiwan, lapor Sputnik memetik Global Times pada Selasa.

Pihak lapangan terbang menerima sepucuk surat memaklumkan ancaman bom pada pagi Selasa, hari yang sama Pelosi dijangka tiba.

Pentadbiran lapangan terbang segera memaklumkan perkara berkenaan kepada perkhidmatan keselamatan pelabuhan udara, kementerian pengangkutan, Pentadbiran Aeronautik Awam serta polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengesan pengirim.

Tiada tindakan pengosongan di lapangan terbang diumumkan, tetapi pekerja digesa mengambil langkah berjaga-jaga tahap maksimum.

Sementara itu, tentera Taiwan meningkatkan keupayaan unit tempurnya di tengah-tengah spekulasi mengenai lawatan Pelosi ke pulau itu.

Jelajah Asia Pelosi, yang merangkumi lawatannya ke Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Jepun, menarik perhatian antarabangsa kerana beliau dikatakan akan singgah di Taiwan.

Andai spekulasi itu menjadi kenyataan beliau bakal muncul sebagai ahli politik AS berpangkat tertinggi yang melawat pulau itu sejak 1997. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings