the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

3 maut, 3 cedera parah dalam kejadian tembakan di pusat beli-belah di Copenhagen: Polis

COPENHAGEN: Tiga maut manakala tiga yang lain cedera parah, dalam satu kejadian tembakan di pusat beli-belah Copenhangen pada Ahad petang, lapor Xinhua memetik polis.

Ketua Polis Inspektor Soren Thomassen dalam satu sidang media pada Isnin malam berkata mangsa yang maut dalam kejadian di Pusat Beli-belah Field itu ialah seorang lelaki berusia 40-an dan dua remaja.

Menurut Thomassen, kira-kira 5.35 petang waktu tempatan (1535 GMT), polis menerima aduan mengenai kejadian tembakan di pusat beli-belah di daerah Amager di selatan Copenhangen.

Sekitar 5.48 petang (1548 GMT), seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang membawa selaras senapang dan peluru telah ditahan di luar pusat beli-belah itu, katanya.

Motif tembakan masih belum diketahui. Setakat ini, Thomassen berkata polis tidak menafikan kemungkinan ia berkaitan serangan pengganas.

Field dibuka pada 2004 dan merupakan pusat beli-belah kedua terbesar di Denmark.

“Operasi besar-besaran sedang dijalankan. Bukan hanya di Copenhagen, bahkan di seluruh Zealand (sebuah pulau di selatan Denmark). kami juga berhubung dengan polis di seluruh negara,” kata Thomassen semasa taklimat media pada Ahad petang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, Ratu Denmark Margrethe II menzahirkan rasa terkejutnya berikutan kejadian itu dan bersimpati terhadap mangsa dan semua yang terjejas.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings