the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19 pacu harapan khidmat pelanggan lebih tinggi di kalangan pembeli dalam talian

KUALA LUMPUR: Pandemik Covid-19 telah mengubah citarasa dan harapan pengguna global terhadap platform e-dagang, dengan pelanggan mempunyai kawalan sepenuhnya akan masa, di mana dan cara mereka ingin berinteraksi dengan jenama tertentu.

Statistik mendedahkan bahawa 47 peratus pengguna di seluruh dunia mengharapkan khidmat pelanggan yang lebih baik daripada jenama kegemaran mereka berbanding dua tahun lepas.

“Mengharapkan pengalaman hebat setiap masa, di mana sahaja telah menjadi penanda aras baharu untuk khidmat pelanggan di peringkat global.

“Dalam beberapa tahun akan datang ia akan meningkat lagi dan berada di tahap yang lebih tinggi,“ kata Pengarah Kejuruteraan Penyelesaian (Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika) Preethi Bridgement dari Freshworks, sebuah syarikat perisian terkemuka yang memperkasakan perniagaan untuk kepuasan pelanggan dan pekerja mereka.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Preethi memberitahu Bernama bahawa pengguna global mengharapkan pengalaman yang lebih memenuhi citarasa peribadi mereka apabila berurusan dengan perniagaan dan ini boleh meningkatkan bilangan pelanggan berulang, hasil dan nilai seumur hidup pelanggan (CLV).

“Layanan peribadi adalah kunci kepada pengalaman pelanggan yang hebat,“ kata pengurus pengalaman pelanggan syarikat yang sudah 14 tahun terlibat membantu pelanggan sektor awam dan swasta di Australia, New Zealand, Asia Tenggara, India dan Jepun.

Memetik dapatan daripada kaji selidik Freshworks tentang cara pandemik itu memberi kesan kepada tingkah laku pengguna, Preethi berkata 75 peratus pelanggan kini menjangkakan dasar pulang balik pembelian yang lebih fleksibel (termasuk pasca pandemik), manakala 73 peratus mengatakan mereka telah mendaftar untuk produk digital baharu atau perkhidmatan.

“Dan 55 peratus tidak lagi memilih jenama yang sama kerana perkhidmatan pelanggan yang buruk,“ tambahnya.

Beliau berkata pada masa hadapan, perniagaan global harus mengutamakan sokongan dan pengalaman pelanggan kerana ia terikat secara langsung kepada hasil dan penjimatan kos mereka.

Sementara itu, Pengarah Serantau Pembayaran dan Operasi Pelanggan di Zalora, Kannan Rajaratnam, bersetuju dengan Preethi, mengatakan adalah penting untuk meningkatkan tempoh respons ejen dan layanan secara peribadi kepada pengguna e-dagang kerana mereka sentiasa berada dalam talian di pelbagai peranti.

Beliau turut memuji Freshworks kerana membantu Zalora, peruncit fesyen dan gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, untuk meningkatkan tempoh respons ejen dan meningkatkan layanan peribadi kepada 50 juta pembeli dalam talian bulanannya.

“Dengan bantuan penyelesaian Freshworks, kami mendapati pengurangan ketara dalam troli terbiar dengan 75 peratus daripada pelanggan kami adalah pembeli semula.

“Mengutamakan sokongan ruang sembang pada hantaran mesej segera dan media sosial membantu meningkatkan kesetiaan dengan pelanggan ‘digital native’ kami,“ tambahnya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings