the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

144 kawasan di Gombak, KL dijangka alami gangguan bekalan air tidak berjadual

KUALA LUMPUR: Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching di sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja pembaikan injap bocor itu akan dilaksanakan bermula 11 pagi esok (30 Mac) dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 31 Mac,“ menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan itu dilaksanakan.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,“ menurut kenyataan itu.

Perkembangan berkaitan gangguan bekalan air itu akan dimaklumkan menerusi medium komunikasi rasmi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Brigadier General Mikee Romero honored as Outstanding Leader in Asia

Philippine Air Force Reserve Brigadier General Michael "Mikee" L. Romero, who heads Mikro-Tech Capital Inc., has been recognized as one of Asia's most outstanding leaders by ACES Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings