the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dadah: Ketua jurumasak terlepas hukuman penjara seumur hidup, dipenjara 15 tahun

PUTRAJAYA: Seorang ketua jurumasak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar kanabis.

Noel Harry Hungan, 34, bagaimanapun perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan pada 10 Mei 2016 dan dikenakan 10 sebatan selepas Mahkamah Rayuan menggantikan pertuduhan pertama daripada mengedar 2,811 gram kanabis kepada pertuduhan memiliki.

Warga Sabah itu yang bekerja di sebuah restoran makanan barat, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan kedua iaitu mengedar 3,768 kanabis.

Keputusan itu disampaikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk P. Ravinthran dan Datuk Abu Bakar Jais yang membenarkan rayuan Noel Harry untuk mengetepikan sabitan atas mengedar dadah dan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhi Mahkamah Tinggi.

Noel didakwa mengedar kanabis itu masing-masing pada 10 dan 11 Mei 2016 di Pejabat Pos Kota Kinabalu dan kawasan Kargo AirAsia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 29 Mac 2018 mensabitkan Noel atas dua kesalahan mengedar kanabis dan dikenakan penjara seumur hidup serta 15 sebatan bagi setiap pertuduhan menyebabkan dia mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Di bawah pindaan Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berkuat kuasa pada 15 Mac 2018, individu yang didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah hendaklah dihukum mati atau penjara seumur hidup dan boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 15 sebatan jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara itu. Ia memohon supaya hukuman mati dikenakan terhadap Noel.

Noel diwakili peguam Datuk Seri K. Rakhbir Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang mewakili pihak pendakwaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings