the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saravanan akan bertemu syarikat yang dikenakan sitaan, sekatan exsport oleh CBP AS

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan(gambar) akan mengadakan pertemuan tidak lama lagi dengan semua syarikat yang dikenakan sitaan dan sekatan eksport oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata pertemuan tersebut bertujuan membincangkan tindakan segera yang boleh diambil untuk menyelesaikan dakwaan melibatkan amalan buruh paksa.

“Saya juga akan memanggil WRP Asia Pacific Sdn Bhd dan Top Glove Corporation Bhd, yang sekatan terhadap syarikat-syarikat ini telah ditarik balik. Kami akan ambil pendekatan yang telah dilaksanakan kedua-dua syarikat ini sebagai panduan dan penambahbaikan untuk syarikat lain,” katanya.

Saravanan berkata pihaknya memandang serius terhadap sekatan yang dikenakan CBP AS ke atas beberapa syarikat tempatan kerana dakwaan seumpama itu boleh menjejaskan nama negara di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini CBP AS telah mengeluarkan notis penemuan dan Perintah Tahan Pelepasan (WRO) terhadap beberapa syarikat tempatan dan menyita semua produk kelapa sawit keluaran Sime Darby Plantation Berhad serta anak syarikatnya di Amerika Syarikat.

Sekatan WRO turut dikenakan ke atas produk sarung tangan getah keluaran YTY Group daripada memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Beliau menegaskan perkara tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah pihaknya telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja untuk melaksanakan siasatan segera.

“Saya komited untuk menangani isu ini segera bagi memastikan Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan amalan buruh paksa. Semua syarikat yang dikenakan sekatan eskport ini perlulah memperbaiki amalan dalaman mereka dan tindakan keras akan diambil terhadap syarikat yang masih ingkar,” katanya.

Ketika pertemuan dengan rakan sejawatannya Ida Fauziyah di Jakarta pada 24 Jan lepas, Saravanan berkata beliau telah memberi jaminan bahawa Malaysia komited untuk melindungi dan menjaga kebajikan semua pekerja termasuk pekerja warga asing.

Beliau berkata ia selaras dengan Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL) yang dilancarkan pada 26 Nov lepas, berperanan sebagai kerangka bagi semua progam serta aktiviti untuk membasmi amalan buruh paksa.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings