the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDNHEP Terengganu kesan peladang kenakan caj tersembunyi kepada pemborong

KUALA NERUS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesan terdapat peladang ayam yang mengenakan caj tersembunyi terhadap pemborong sehingga menyebabkan kenaikan harga bahan makanan itu di pasaran.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di peringkat pemborong dan mendapati terdapat peladang yang mengenakan upah tangkap sebanyak 70 sen bagi sekilogram (kg) ayam kepada pemborong.

Tindakan itu, kata beliau menyebabkan pemborong terpaksa menanggung tambahan kos yang akan dikenakan pula kepada golongan peruncit dan pengguna.

“Dalam invois, harga yang diberikan oleh peladang kepada pemborong adalah menepati kadar sepertimana yang ditetapkan kerajaan iaitu RM5.60 sekilogram.

“Tetapi pada masa sama, peladang turut mengenakan caj luar atau tersembunyi iaitu upah tangkap sebanyak 70 sen sekilogram,“ katanya selepas melakukan pemeriksaan di satu daripada premis pemborong ayam terbesar di Terengganu.

Menurut Saharuddin, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi khas kepada golongan peladang bagi menampung kos input seperti import makanan ayam dan sebagainya.

Justeru, KPDNHEP akan melakukan siasatan dengan segera bagi melihat sama ada peladang tersebut telah menerima subsidi daripada pihak kerajaan atau sebaliknya.

“Kita akan siasat perkara ini kerana sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu caj-caj begini tidak ada.

“Apabila peringkat ladang mula dengan mengenakan caj sebegini, ia akan turut menjejaskan peringkat pemborong dan peruncit yang juga akan menaikkan harga dengan alasan terpaksa menanggung kos pengangkutan, ais, plastik dan upah potong ayam,“ katanya.

Susulan itu, beliau memberi amaran supaya peniaga mematuhi skim harga maksimum ayam yang ditetapkan hingga 30 Jun ini.

Katanya, anggota penguat kuasa KPDNHEP sentiasa menjalankan pemeriksaan di premis jualan ayam dan setakat ini, seramai 10 peruncit serta 12 pemborong telah dikenakan kompaun kerana melanggar peraturan tersebut.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings